KUALA LUMPUR: AVC Mortgage Consultancy Sdn Bhd menyatukan urusan pembiayaan, penilaian hartanah, khidmat guaman dan perlindungan dalam satu proses bagi memudahkan pemilik rumah menilai pilihan pembiayaan semula.

Firma perunding tempatan itu menyediakan penilaian pembiayaan, bantuan permohonan dan penyelarasan perkhidmatan profesional berkaitan untuk pemilik rumah, pelabur hartanah, individu serta perniagaan.

Dalam satu kenyataan ia berkata, proses berkenaan bermula dengan penilaian terhadap pendapatan, komitmen sedia ada, maklumat hartanah dan tujuan pelanggan mendapatkan dana sebelum pilihan pembiayaan dibandingkan.

"Penyediaan dokumen, penghantaran permohonan kepada institusi kewangan dan tindakan susulan kemudian dilaksanakan sebagai sebahagian daripada perkhidmatan sama.