London: Pemandu McLaren, Oscar Piastri dan bekas pelumba Formula Satu (F1), Mark Webber serta isterinya, Ann Webber, bersetuju menamatkan kerjasama pengurusan kerjaya mereka selepas bersama sejak 2019.

Webber yang juga pemenang sembilan perlumbaan Grand Prix memainkan peranan penting dalam perjalanan karier Piastri, termasuk membantu pemandu Australia itu menyertai McLaren pada 2023.

Piastri menyertai McLaren bagi menggantikan Daniel Ricciardo selepas menolak tawaran Alpine yang mahu memberikannya tempat sebagai pemandu utama susulan keputusan Fernando Alonso meninggalkan pasukan itu untuk menyertai Aston Martin.

"Kami bangga kerana memainkan peranan penting dalam membentuk perjalanan awal karier Oscar dan membantunya mendapat tempat dalam F1 sehingga mampu bersaing di kelompok hadapan pada usia muda," kata Webber dalam satu kenyataan.