Kuala Lumpur: Ketiadaan dua pemain sayap, Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim membuka ruang lebih besar buat Safawi Rasid untuk diletakkan dalam skuad utama Harimau Malaya bagi aksi menentang China dan Yaman, bulan ini.

Safawi juga ketika ini berada dalam prestasi terbaik selepas dua golnya membantu Kuching City meraih kemenangan pertama di pentas Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) apabila menewaskan Gangwon FC 2-0, Khamis lalu.

Malah, pemin sayap berusia 29 tahun itu turut menyumbang satu gol menerusi sepakan penalti ketika The Cats menewaskan Selangor 2-0 dalam aksi separuh akhir kedua Piala FA, semalam untuk mara ke final dengan agregat 3-2.

Safawi bagaimanapun seakan memberi bayangan bahawa penyokong tidak boleh membandingkan persembahannya bersama skuad Harimau Malaya dengan Arif Aiman.