Kota Damansara : Pasangan usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, 39, dan isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid, 41, bersyukur apabila produk keluaran mereka mendapat logo Iktiraf Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Mereka disenarai antara pembayar zakat konsisten kepada badan terbabit, mula menggunakan logo iktiraf pada kotak Edisi Khas sempena kempen jualan esok.
"Sebenarnya zakat ini menyucikan harta. Tahun lepas kita bayar RM2 juta, tahun ini sasaran kita RM3 juta zakat. Kami antara 'batch' pertama syarikat di Selangor yang diberi izin meletakkan logo pengiktirafan pembayar zakat tegar pada kotak produk.
"Pembeli secara langsung turut menyumbang kepada asnaf. Kadang-kadang kita tak tahu, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain juga.










