KUALA LUMPUR – Lebih empat juta pemilik rumah yang memiliki kediaman, menyewa dan mahu mereka bentuk serta mengubah suai kediaman telah mendapat mendapat manfaat daripada penganjuran HOMEDEC sejak tahun 2003 dengan melibatkan sebanyak 20,000 pempamer sepanjang tempoh tersebut.
Pameran itu terus menyediakan platform untuk pemilik rumah mendapatkan idea, mengikuti perkembangan terkini dalam reka bentuk dan hiasan dalaman serta menimba pengetahuan daripada pakar industri menerusi pameran rumah contoh, sesi dialog dan bengkel.
Tahun ini, acara terbesar itu kembali lagi dan hari ini adalah hari terakhir buat masyarakat yang mahu mendapatkan pelbagai produk kelengkapan kediaman, idea reka bentuk dalaman dan penyelesaian pengubahsuaian di bawah satu bumbung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.









