Semua NCII diarah melakukan pemantauan 24 jam, tampalan sistem, pengesahan pelbagai faktor, dan pengemaskinian pelan kesinambungan perkhidmatan.PETALING JAYA: Agensi Keselamatan Siber Negara (Nacsa) meningkatkan tahap ancaman keselamatan siber negara daripada rendah kepada sederhana, demikian menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
MKN memaklumkan, ia sebagai langkah berjaga-jaga susulan perkembangan keselamatan semasa bagi memastikan perkhidmatan penting negara terus terlindung daripada sebarang kemungkinan gangguan.
“Nacsa telah mengadakan sesi mesyuarat bersama-sama ketua sektor dan entiti infrastruktur maklumat kritikal negara (NCII) bagi memperkukuh penyelarasan kesiapsiagaan di setiap sektor.






