KULAI: Kejadian sistem paparan lampu diod pemancar cahaya Majlis Perbandaran Kluang (MPK) yang digodam kelmarin menjadi peringatan penting bagi semua jabatan kerajaan untuk meningkatkan tahap keselamatan siber masing-masing.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersedia untuk menghulurkan bantuan dari segi teknikal, khidmat nasihat dan kepakaran kepada mana-mana pihak.

Beliau berkata, setakat ini, MCMC belum menerima laporan berhubung insiden serangan siber itu mahupun sebarang permintaan rasmi daripada pihak majlis berkenaan.

“Insiden yang berlaku disifatkan sebagai satu wake-up call, ia menjadi ruang terbaik untuk memperketatkan serta menambah baik tahap keselamatan siber sebelum terlambat.