Muar: Biarpun berketurunan Tionghoa, pemuda ini mampu menguasai seni tradisional Melayu iaitu tarian asli, inang dan zapin.
Kebolehan Eric Tan Zhen Long, 14, terbukti selepas merangkul anugerah Penari Lelaki Terbaik kategori tarian rampaian tradisional dalam Pertandingan Tarian Sekolah-Sekolah Malaysia (TASEEM) Generasi Madani Peringkat Kebangsaan 2026 pada 29 Jun hingga 1 Julai lalu di sebuah hotel dekat Iskandar Puteri, Johor.
Menyingkap kisahnya, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Muar itu berkata, dia mula meminati dengan seni tarian tradisional Melayu sejak tahun lalu dan bakatnya dicungkil seorang guru di sekolah.
"Waktu itu, sekolah ada buat aktiviti menarik dan abang pula salah seorang penari zapin.










