Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan enam pemain Selangor FC tidak dapat menyertai skuad Harimau Malaya berikutan masalah kecederaan.
Enam pemain berkenaan ialah Nooa Laine, Ahmad Zikri Khalili, A Selvan, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Syahir Bashah dan Harith Haiqal Adam Afkar.
FAM dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima surat rasmi daripada Selangor FC , hari ini yang memaklumkan bahawa keenam-enam pemain berkenaan mengalami kecederaan selepas aksi separuh akhir kedua Piala FA menentang Kuching City FC, malam tadi.
"FAM mengambil maklum mengenai perkara berkenaan dan menghormati situasi yang dihadapi oleh pihak kelab serta pemain terbabit," menurut kenyataan FAM.










