PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan enam pemain Selangor FC tidak dapat menyertai Harimau Malaya ke China untuk menghadapi dua aksi persahabatan.
Pemain berkenaan ialah Nooa Laine, Ahmad Zikri Khalili, A. Selvan, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Syahir Bashah dan Harith Haiqal Adam Afkar.
Menerusi kenyataan FAM, badan induk itu telah menerima surat rasmi daripada Selangor FC yang memaklumkan bahawa keenam-enam pemain berkenaan mengalami kecederaan selepas aksi separuh akhir kedua Piala FA menentang Kuching City FC, semalam.
“FAM mengesahkan enam pemain Selangor FC yang disenaraikan untuk memperkuat skuad Harimau Malaya bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang China dan Yemen, 14 dan 17 November ini tidak dapat menyertai pasukan berikutan masalah kecederaan.









