HANOI – Alice Huang yang merupakan usahawan wanita China dan didakwa mempunyai hubungan sulit dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nvidia, Jensen Huang, pernah bekerja sebagai wartawan televisyen sebelum menjadi eksekutif syarikat pusat data berpangkalan di Singapura, lapor laman berita VNExpress.

Huang yang tersenarai orang kelapan terkaya dunia menurut majalah Forbes, mengaku mempunyai hubungan sulit dalam e-mel kepada pekerja syarikatnya semalam.

Laporan sulit Amerika Syarikat(AS) beberapa bulan lalu memberi amaran bahawa wanita yang didakwa kekasih gelap Huang itu adalah seorang perisik China, demikian menurut akhbar The New York Times.

Gambar-gambar yang dimuat naik secara online pada Jun 2024 menunjukkan mereka berdua berada di sebuah bar di Taipei selepas satu pameran teknologi tempatan. Mereka dilaporkan minum wiski bersama tokoh-tokoh terkemuka lain dalam industri AI.