Kuala Lumpur : Penyanyi dan pelakon, Acong Sweet Child meluahkan perasaan sedih dengan pemergian Allahyarham Johan Aziz yang dikenalinya sejak tahun 1994.
Acong atau nama sebenarnya, Ahmad Fauzi Manat, 53, berkata, dia juga adalah orang yang memperkenalkan Zamani sebagai penyanyi Slam kepada arwah Johan.
"Mulanya kenal macam biasa saja tapi lepas saya kenalkan Zamani kepada dia, ia jadi permulaan untuk kami rapat. Ia semakin rapat kerana Sweet Child dan Slam sama-sama bernaung bawah BMG.
"Kadang kami jumpa, dekat show Slam dan kemudian kami ada grup WhatsApp artis untuk promosi satu produk kopi. Sampai sekarang pun grup itu masih kekal walaupun program dah habis.










