WASHINGTON – ​Lembaga pengarah gergasi pembuatan cip, Nvidia kelmarin mengumumkan pihaknya memulakan siasatan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) dan pengasas bersama, Jensen Huang selepas beliau mengaku mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita yang didakwa oleh pegawai Amerika Syarikat (AS) bekerja untuk perisikan China.

Akhir bulan lalu, The New York Times melaporkan bahawa pegawai agensi perisikan AS merumuskan wanita terbabit sebagai seorang eksekutif China yang dikaitkan dengan syarikat pusat data berpangkalan di Singapura bernama Megaspeed yang telah menyalurkan maklumat kepada Beijing.

Eksekutif kelahiran Taiwan, Alice Huang, juga dikenali sebagai Huang Le telah menjalin hubungan rapat dengan bos Nvidia berusia 63 tahun itu, lapor New York Times.