JAKARTA – Seorang pemandu lori dan rakan kelindannya menjadi sensasi internet selepas mereka dirakam menuangkan ais batu ke dalam kenderaan itu supaya suhu menjadi sejuk.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan kedua-dua individu menuangkan sebungkus besar ais di bawah tempat duduk mereka.
Perakam yang dipercayai penumpang dilihat memijak ais tersebut dengan tapak kakinya.
Mereka berbuat sedemikian agar keadaan di dalam lori menjadi lebih sejuk.









