LUMUT – Seorang lelaki warga Myanmar dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari sebuah bot yang diparkir di tepi jeti di Pulau Pangkor, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.46 tengah hari.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pulau Pangkor kemudian diatur gerak ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, pihak bomba dimaklumkan mangsa yang merupakan pekerja warga asing berusia 38 tahun mengalami sawan sebelum terjatuh ke dalam laut.