MELAKA: Perikatan Nasional (PN) tetap akan mengambil tindakan terhadap BERSATU selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, susulan beberapa dakwaan pelanggaran disiplin termasuk bertanding di kerusi yang sama menentang calon ditetapkan gabungan itu.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata tindakan berkenaan turut membabitkan aduan BERSATU kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang menyebabkan pendaftaran PN dibatalkan sebelum perkara itu dibawa ke mahkamah.
Beliau menegaskan, pihaknya mempunyai bukti kukuh berhubung tindakan berkenaan dan tidak terjejas dengan sebarang penafian daripada kepemimpinan BERSATU.
"Dia (BERSATU) membuat aduan kepada ROS sehingga PN dibatalkan. Bukan sahaja digantung, tetapi dibatalkan (pendaftaran)," katanya selepas menyampaikan ceramah Gelombang Biru Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor, di Tangga Batu di sini hari ini.









