KUALA LUMPUR: Pas perlu membuktikan terlebih dahulu bahawa parti itu tidak melanggar Perlembagaan Perikatan Nasional (PN) serta tidak menafikan hak parti anggota sebelum mengambil sebarang tindakan tatatertib terhadap Bersatu.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, berkata pihak yang didakwa melanggar perlembagaan gabungan serta menindas hak parti anggota tidak sepatutnya mengambil tindakan tatatertib terhadap pihak yang mematuhi peraturan PN.

Sehubungan itu, beliau berpandangan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, perlu mengumpulkan bukti terlebih dahulu bagi membuktikan PAS selaku peneraju gabungan itu tidak pernah melanggar Perlembagaan PN.