KUCHING – Pengendali Selangor FC, Kim Pan-gon berang dan mendakwa dirinya cuba diserang oleh pemain tengah Kuching City FC, Nazmi Faiz Mansor dalam satu insiden kekecohan di tepi padang, malam tadi.
Insiden panas itu tercetus ketika aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Taha Ariffin yang menyaksikan impian Gergasi Merah ke pentas final berkecai selepas tunduk 0-2 kepada skuad The Cats.
Pan-gon yang nyata kecewa mendakwa Nazmi Faiz sengaja mencetuskan provokasi melampau apabila meraikan gol kemenangan pasukannya secara agresif betul-betul di hadapan bangku simpanan Selangor FC.
“Pemain yang menjaringkan gol tidak boleh datang ke bangku simpanan pasukan lawan dan menyerang ketua jurulatih”.







