KUCHING: Ketua jurulatih Selangor FC, Kim Pan Gon menggesa Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menjalankan siasatan terhadap insiden kekecohan di kawasan bangku simpanan pasukannya pada aksi separuh akhir kedua Piala FA menentang Kuching City FC, malam tadi.

Beliau mendakwa pemain tuan rumah, Nazmi Faiz menghampiri bangku simpanan ketika meraikan jaringan sebelum berlaku kekecohan antara pemain dan pegawai kedua-dua pasukan.

Menurutnya, tindakan Nazmi menghampiri kawasan bangku simpanan lawan, khususnya sehingga berada dekat dengan ketua jurulatih, tidak sepatutnya berlaku.

"Pemain yang menjaringkan gol tidak boleh datang ke bangku simpanan pasukan lawan dan menyerang ketua jurulatih pasukan tersebut.