BAITULMAQDIS: Sekurang-kurang lima terkorban membabitkan tiga kanak-kanak dan dua wanita dalam insiden berkait cuaca hujan lebat dan ribut yang melanda Gaza.
Jurucakap Pertahanan Awam Gaza, Mahmud Bassal, berkata ia susulan benteng pasir yang runtuh menghempap khemah petempatan di Deir al-Balah, tengah Semenanjung Gaza.
"Pasukan penyelamat masih meneruskan usaha mencari mangsa lain yang dilaporkan hilang," katanya, semalam, sebagaimana dilaporkan AFP.
Rakaman video yang tular dalam media sosial memaparkan puluhan lelaki berada di lokasi kejadian, dengan sebahagian daripada mereka cuba mengangkat serpihan batu besar, manakala yang lain bertungkus lumus menggali dengan menggunakan penyodok.









