KUALA LUMPUR: Tradisi kunjung-mengunjung sempena sambutan Deepavali terus menjadi wadah mengeratkan silaturahim dan memupuk keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, menerusi hantaran di media sosial, berkongsi kunjungannya ke beberapa kediaman masyarakat India di sekitar Parlimen Titiwangsa sempena sambutan perayaan itu.
Ahli Parlimen Titiwangsa itu berkata, kunjungan ke kediaman rakan masyarakat India sudah menjadi tradisi yang tidak lengkap jika tidak dilakukan setiap kali Deepavali.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjemputnya berkunjung ke kediaman masing-masing.









