Terdahulu dilaporkan penulis Janakey Raman Manickam menerusi buku terbarunya dakwa masyarakat India terus terpinggir walaupun jutaan ringgit diperuntukkan kepada Mitra. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Bantuan kerajaan kepada masyarakat India tidak terhad kepada peruntukan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) semata-mata, sebaliknya merangkumi pelbagai inisiatif arus perdana, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga menteri kewangan berkata, sokongan menyeluruh kerajaan Madani merangkumi peruntukan khusus seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), peluang perniagaan, naik taraf sekolah, serta penambahan dana bagi rumah ibadat.

"Ada orang kata bantuan masyarakat India ini Mitra saja? Tak betul, STR ada, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ada, Tekun ada," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra sempena sambutan Deepavali.