ISTANBUL: Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, semalam memaklumkan bahawa cadangan Tehran untuk menamatkan perang dalam tempoh dua hari, masih terbuka.

Anadolu Ajansi melaporkan Araghchi sekali gus menggesa Rumah Putih memenuhi syarat yang ditetapkan Iran, dan memberi amaran mengenai tindak balas ketenteraan jika Amerika Syarikat (AS) menyambung semula serangan.

"Pengundi AS telah membuat pilihan mereka. Kini tiba masanya untuk Rumah Putih pula membuat pilihannya sendiri," kata Araghchi dalam hantaran melalui X, merujuk kepada pilihan raya pertengahan penggal AS pada Selasa lalu.

Araghchi menambah: "Cadangan dua hari kami masih kekal: penuhi syarat yang ditetapkan, termasuk menamatkan perang di semua medan, dan anda akan melihat hasilnya."