Kuala Lumpur: Harvey Norman Malaysia memperkenalkan kerusi rehat baharu La-Z-Boy Cody yang direka khusus untuk memenuhi keperluan kediaman masyarakat Asia, dengan reka bentuk moden dan menjimatkan ruang tanpa mengetepikan keselesaan.

Pelancaran produk itu turut diadakan bersempena ulang tahun ke-99 jenama La-Z-Boy yang terkenal dengan kepakaran dalam penghasilan kerusi rehat serta inovasi sejak hampir satu abad lalu.

La-Z-Boy Cody dilengkapi sokongan menyeluruh badan dengan 16 posisi sandaran boleh laras, pergerakan buaian lembut serta pemegang panjang yang mudah digenggam bagi membolehkan pengguna menetapkan kedudukan mengikut keselesaan masing-masing.

Produk berkenaan melengkapi rangkaian kerusi rehat La-Z-Boy yang turut menawarkan ciri Zero Gravity, iaitu kedudukan sandaran yang direka untuk mengurangkan tekanan pada badan bagi memberikan pengalaman rehat lebih selesa.