KUALA LUMPUR: KEB Bhd memperkukuh portfolio pembangunan hartanahnya menerusi enam projek baharu dan sedang berjalan dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) keseluruhan RM1.74 bilion bagi menyokong pertumbuhan perniagaan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Pengarah Urusannya, Datuk Lim Kim Chong, berkata portfolio itu merangkumi empat projek pembangunan dengan GDV gabungan RM1.36 bilion, selain dua projek masa depan yang dianggarkan bernilai RM382.73 juta.
Kim Chong berkata, projek berkenaan akan dilancarkan secara berperingkat antara 2027 hingga 2028, manakala syarikat turut memberi tumpuan kepada penyempurnaan Residensi Palma Elit dan Residensi Cove yang dijangka siap menjelang 2028.









