Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyiasat dakwaan terdapat unsur pemujaan pada persembahan konsert penyanyi The Weeknd di Bukit Jalil, di sini, minggu lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, berkata Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menerusi Bahagian Penyelidikan JAKIM, berhubung rapat dengan Urus Setia Garis Panduan Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL), bagi mengesahkan dakwaan itu.
Zulkifli berkata, ia termasuk penelitian terhadap pematuhan syarat persembahan konsert berkenaan.
"Islam secara tegas melarang sebarang bentuk unsur pemujaan selain Allah.








