JOHOR BAHRU: Lelaki warga Malaysia ditahan di Batam, Indonesia, selepas merompak seorang wanita menggunakan pistol jenis airsoft, melarikan kereta mangsa serta mencederakan anggota polis ketika cuba meloloskan diri Jumaat lalu.
Suspek, 41, yang berasal dari Melaka itu dipercayai mengugut mangsa berusia 48 tahun menggunakan pistol airsoft dan sebilah pisau sebelum melarikan Toyota Rush bersama barangan berharga yang keseluruhannya dianggarkan bernilai 292 juta rupiah (RM73,000).
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Barelang, Indonesia, Komisioner Agung Tri Poerbowo, berkata suspek dipercayai bertindak merompak selepas kehabisan wang ketika bercuti di negara berkenaan.
"Dia tiba di Indonesia pada 15 September lalu, namun tinggal lebih masa selama 10 hari selepas gagal mendapatkan wang mencukupi untuk membiayai perjalanan pulang ke Malaysia.






