MELAKA - Pakatan Harapan (PH) Melaka menggesa kerajaan negeri mendedahkan secara telus kedudukan projek-projek terbengkalai termasuk jumlah perbelanjaan, pihak bertanggungjawab serta perancangan untuk memulihkannya.Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, semakan terhadap projek berkenaan perlu dilakukan secara menyeluruh tanpa mengira pihak yang meluluskannya kerana keutamaan utama adalah melindungi wang rakyat.Menurutnya, antara projek yang perlu diberi perhatian ialah Monorel Melaka yang menelan kos kira-kira RM16.5 juta serta projek Arab City."Asas kita bukan untuk menyalahkan sesiapa, tetapi bagi PH, prinsipnya jelas iaitu wang rakyat mesti dilindungi."Setiap projek terbengkalai perlu disemak secara telus tanpa mengira pihak yang meluluskannya. Rakyat berhak mengetahui berapa banyak wang sudah dibelanjakan, ke mana wang itu disalurkan dan siapa yang bertanggungjawab memulihkan projek berkenaan."Ukuran sama mesti terpakai kepada semua pihak termasuk PH sendiri," katanya.Beliau berkata demikian pasa sidang akhbar Jabatan Pilihan Raya PH di Bilik Gerakan Utamanya di sini pada Isnin.Turut hadir Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong dan Ketua Komunikasi PKR Melaka, Asri Ibrahim dan Ketua Unit Media JPPH, Jonathan.Mengulas lanjut, Adly berkata, projek terbengkalai yang dibiarkan terlalu lama bukan sahaja menjejaskan imej negeri dan sektor pelancongan, malah boleh mengundang risiko keselamatan kepada pengunjung serta orang awam.Katanya, projek Monorel Melaka misalnya perlu dinilai semula bagi menentukan sama ada ia masih boleh diteruskan menerusi kemasukan pelaburan baharu atau perlu ditamatkan sekiranya strukturnya tidak lagi sesuai digunakan."Kita perlu melihat sama ada projek itu boleh ditambah baik dengan membuka peluang kepada pelaburan baharu atau jika strukturnya secara asas tidak boleh digunakan lagi dan mempunyai isu keselamatan, kita tiada pilihan selain menamatkannya."Projek-projek ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja sehingga lebih 10 tahun dengan alasan ia dilaksanakan oleh pentadbiran terdahulu," katanya.Ujar beliau, kerajaan yang memimpin negeri perlu mempunyai hala tuju dan perancangan jelas bagi menyelesaikan setiap projek terbengkalai dalam tempoh pentadbirannya.Tambah beliau, ketelusan dalam pengurusan perbelanjaan awam perlu dijadikan amalan berterusan bagi memastikan kepentingan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
PRN Melaka: 'Wang rakyat mesti dilindungi' - Adly desak status projek terbengkalai didedahkan

Key takeaways
Pakatan Harapan Melaka mendesak kerajaan negeri mendedahkan maklumat terperinci mengenai projek-projek terbengkalai untuk melindungi wang rakyat. Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, menekankan keperluan semakan menyeluruh tanpa mengira pihak yang meluluskan projek tersebut.
- Adly Zahari menyatakan bahawa keutamaan utama adalah melindungi wang rakyat daripada pembaziran.
- Projek Monorel Melaka dengan kos kira-kira RM16.5 juta dan Arab City disebut sebagai tumpuan semakan.
- Rakyat berhak mengetahui jumlah perbelanjaan, aliran dana, dan pihak bertanggungjawab memulihkan projek terbengkalai.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia PRN Melaka: Masa untuk rakyat mahu jadi ‘Tuah’ atau ‘Jebat’
- Harian Metro PRN Melaka: Menguji sokongan rakyat
- Malaysiakini (BM) PH pertaruh pencapaian ekonomi, isu rakyat dalam PRN Melaka
- Sinar Harian PRN Melaka: 'Wang rakyat mesti dilindungi' - Adly desak status projek terbengkalai didedahkan (this story)








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fexplainsikit1sde_125236.png&w=480&output=webp&q=85&we)
