KUALA LUMPUR - Sindiket perjudian dalam talian kini dan perjudian nombor ekor tidak berlesen dikesan berselindung disebalik premis perniagaan antaranya kafe dan kedai runcit sebagai lokasi operasi bagi mengaburi pihak berkuasa.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M Kumar berkata, taktik itu antara yang dikenal pasti menerusi Op Dadu Khas di seluruh negara pada 31 Oktober hingga 1 November."Sebanyak 201 premis diserbu, manakala 282 individu berusia antara 20 hingga 65 tahun ditahan."Mereka terdiri daripada 229 lelaki dan 53 wanita, termasuk 59 warga asing dari Indonesia, Myanmar, Nepal dan Bangladesh yang dipercayai bekerja dengan sindiket terbabit," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini pada Isnin.Kumar berkata, polis turut merampas pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan perjudian, antaranya tablet, telefon bimbit, pencetak mudah alih serta wang tunai berjumlah RM32,149."Kesemua individu yang ditahan mendapat perintah reman antara satu hingga empat hari bagi membantu siasatan serta mengenal pasti dalang yang mengendalikan kegiatan berkenaan.Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4A(a), Seksyen 4B(a) dan Seksyen 4C Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 serta Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.Beliau berkata, polis turut menjalankan siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001."Siasatan awal mendapati beberapa sindiket perjudian dalam talian yang terlibat antaranya Winbox dan Alibaba dan pihaknya kini sedang giat mengesan ketua-ketua sindiket terbabit untuk tindakan susulan," katanyaDalam pada itu beliau berkata 201 premis yang diserbu akan dicadangkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tindakan pemotongan bekalan elektrik mengikut peruntukan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka."Kita turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membanteras promosi perjudian dalam talian di media sosial."Hasil kerjasama itu, ratusan iklan perjudian dilaporkan telah diturunkan," katanya.
Sindiket judi dalam talian, berselindung di sebalik kafe

Key takeaways
Polis mendedahkan sindiket judi dalam talian dan nombor ekor tidak berlesen menggunakan kafe serta kedai runcit sebagai tempat persembunyian. Serbuan Op Dadu Khas di seluruh negara telah menahan 282 suspek dan merampas pelbagai peralatan serta wang tunai.
- Sebanyak 201 premis diserbu dan 282 individu ditahan antara 31 Oktober hingga 1 November.
- Polis merampas tablet, telefon bimbit, pencetak mudah alih dan wang tunai berjumlah RM32,149.
- 59 warga asing dari Indonesia, Myanmar, Nepal dan Bangladesh turut ditahan dalam operasi tersebut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Sindiket pusat panggilan penipuan dalam talian tumpas
- Utusan Malaysia Sindiket judi dalam talian sasar warga Australia tumpas
- Sinar Harian Sindiket judi dalam talian, berselindung di sebalik kafe (this story)







