REMBAU – Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tertangkup di dalam longkang luar rumahnya di Kampung Tanah Datar, Chengkau di sini pada Isnin.Mayat wanita berusia 87 tahun itu ditemukan anak lelakinya berusia 66 tahun kira-kira jam 9.45 pagi.Ketua Polis Daerah Rembau, Superitenden Ngiam Ooi Ming berkata, hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati, tiada unsur jenayah dikesan."Mangsa tinggal seorang diri dan kejadian itu disedari anaknya sebaik datang ke rumah."Mayat wanita itu kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Rembau untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,"katanyaMenurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih diteruskan.