KUALA BERANG: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah memiliki nombor ekor haram dalam telefon bimbitnya pada 31 Oktober lalu.
Tertuduh, Mohd Shah Nizan Mat Hussin, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Athirah Hashim.
Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa memiliki angka loteri awam tidak sah dalam telefon bimbitnya di sebuah pondok di tepi jalan di Kampung Bukit Diman, Ajil, di sini, kira-kira jam 5.30 petang, 31 Oktober lalu.






