GEORGETOWN: Polis selesai menjalankan siasatan berhubung dakwaan kes serangan domestik membabitkan isteri seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dan menyerahkan kertas siasatan kepada pihak pendakwaan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim, yang mengesahkan perkembangan itu berkata, kertas siasatan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut serta arahan seterusnya.

"Kertas siasatan kini berada di tangan TPR," katanya ringkas ketika dihubungi.

Awal bulan ini, polis dilapor merakam keterangan empat individu termasuk seorang ADUN Pulau Pinang dan isterinya, berhubung dakwaan kes serangan domestik membabitkan pasangan berkenaan.