Tumpat: Pengalaman kehilangan sebahagian rumah akibat banjir pada 2024 masih menghantui seorang ibu tunggal, Noraini Nawi, 40, yang kini kembali berdebar setiap kali hujan kerana bimbang kejadian sama berulang.

Penduduk Kampung Jubakar Pantai itu berkata, meskipun hujan ketika ini masih terkawal, dia sudah membuat persiapan lebih awal bagi menghadapi kemungkinan banjir.

"Sehingga kini saya masih terbayang suasana banjir dua tahun lalu sehingga sebahagian rumah roboh. Kini, apabila melihat cuaca hujan, saya kembali berdebar kerana bimbang situasi itu berulang," katanya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, dia hanya mampu berdoa supaya banjir tahun ini tidak seteruk kejadian dua tahun lalu.