Kuala Lumpur: Isu pelaksanaan tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dijangka terus mendominasi serta membentuk naratif utama kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang berbaki beberapa hari sahaja lagi.

Penganalisis politik, Prof Dr Azmi Hassan berkata, keberhasilan BN mengumpul dana RM50 juta menterjemahkan manifestasi sokongan padu akar umbi terhadap parti berkenaan dan secara langsung, bagi Najib.

Beliau berkata, kejayaan pengumpulan dana itu sekali gus menepis tuduhan kononnya terdapat kem dalam kepimpinan UMNO yang mahu melihat bekas presiden parti itu kekal menjalani hukuman di Penjara Kajang.

"Naratif ini dilihat memberi kelebihan positif kepada BN. Sebaliknya, Pakatan Harapan (PH) yang berpotensi berdepan tekanan akibat dakwaan persepsi menggunakan Jabatan Peguam Negara untuk melengahkan pelaksanaan perintah berkenaan.