WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata beliau mungkin tidak akan memberi sokongan kepada mana-mana calon untuk menggantikannya pada Pilihan Raya Presiden 2028.
Anadolu Ajansi (AA) melaporkan Trump sekali gus memberi bayangan bahawa beliau tidak campur tangan dalam persaingan itu nanti mungkin adalah pilihan lebih baik.
Pada temu bual program '60 Minutes' terbitan CBS, Trump ditanya sama ada beliau akan memberikan sokongan kepada bakal penggantinya kelak.
"Mungkin. Tidak semestinya," katanya sebelum menambah: "Mungkin lebih baik saya tidak campur tangan."








