BRUSSELS: Seorang lelaki bersenjata yang membunuh enam individu dalam kejadian tembakan di Krakow dan bandar Ostrowiec Swietokrzyski di timur Poland meninggal dunia di hospital, menurut polis hari ini, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Gabenor wilayah Krzysztof Kleczar memberitahu penyiar TVN24 bahawa suspek meninggal dunia kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan (0330 GMT) akibat kecederaan yang dialami semasa berbalas tembakan dengan polis.
Insiden berlaku pada petang semalam berhampiran Dataran Pasar Utama Krakow, antara destinasi pelancongan paling sibuk di bandar berkenaan.
Pihak berkuasa Poland pada Sabtu mengesahkan enam individu terbunuh dalam insiden itu, termasuk seorang warga Britain, manakala 16 lagi cedera, termasuk lima warga asing, dua anggota polis dan suspek.









