SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai tambahan khas sebanyak RM2,500 kepada setiap mangsa banjir yang layak di Selangor bagi meringankan beban rakyat terjejas.Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan, pembayaran dijangka dibuat bermula 10 November ini."Bantuan ini bertujuan meringankan beban mangsa bagi menggantikan barangan keperluan rumah yang rosak atau musnah akibat banjir, manakala kaedah pelaksanaan dan syarat kelayakan akan diumumkan oleh agensi pelaksana."Pada masa sama, Perdana Menteri turut mengarahkan supaya pelaksanaan projek tebatan banjir dipercepatkan bagi menangani kejadian banjir berulang," kata kenyataan itu pada Isnin.Semakan di Portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapati, jumlah mangsa meningkat lebih dua kali ganda kepada 583 orang daripada 163 keluarga setakat 3.40 petang berbanding 215 orang membabitkan 55 keluarga pagi Isnin.Menurut portal itu, kesemua mangsa ditempatkan di empat PPS dalam daerah Kuala Selangor, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Dato' Maharaja Lela (326 orang daripada 97 keluarga), SK Parit Mahang (154 mangsa, 36 keluarga), Sekolah Agama Batu 8 Ijok (77 mangsa, 21 keluarga) dan SK Jaya Setia (26 mangsa, sembilan keluarga).Mangsa terdiri daripada 163 lelaki dewasa, 184 perempuan dewasa, 127 kanak-kanak lelaki, 97 kanak-kanak perempuan, tujuh bayi lelaki dan lima bayi perempuan selain 56 warga emas serta 11 orang kurang upaya (OKU).
PM umum bantuan tambahan RM2,500 untuk mangsa banjir di Selangor

Key takeaways
PM umum bantuan RM2,500 kepada mangsa banjir di Selangor, dengan pembayaran bermula 10 November.
- Bantuan RM2,500 diberikan kepada setiap mangsa banjir yang layak di Selangor.
- Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 583 orang daripada 163 keluarga.
- Mangsa ditempatkan di empat PPS dalam daerah Kuala Selangor.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia , Harian Metro , Berita Harian
Story details
- Published
- By
- NURUL HUDA HUSAIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia PM umum bantuan tambahan RM1 juta untuk peniaga kecil
- Utusan Malaysia PM umum bantuan tambahan RM2,500 untuk mangsa banjir
- Sinar Harian PM umum bantuan tambahan RM2,500 untuk mangsa banjir di Selangor (this story)









