GOPENG - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dilaporkan hilang ketika beriadah bersama keluarganya di Dataran Sungai Jahang, Kampung Jahang di sini pada Isnin.Panggilan kecemasan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng jam 12.06 tengah hari.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa digerakkan dengan bantuan pelbagai agensi serta penduduk kampung.Menurutnya, sebuah syarikat pelancongan berhampiran turut membantu operasi dengan menyediakan lapan bot rafting bagi membantu usaha mengesan mangsa."Pasukan pencarian awal melakukan pencarian sejauh empat kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh."Sehingga perkembangan terakhir jam 3.45 petang, mangsa masih belum ditemukan," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.Beliau berkata, radius pencarian akan diperluaskan pada petang ini dan Pusat Kawalan Bomba (PKB) juga telah dibuka di lokasi kejadian."Anggota BBP Kampar turut membantu operasi dengan melakukan pemantauan di kawasan hilir sungai berhampiran daerah Kampar," katanya.Operasi mencari masih diteruskan melibatkan tujuh anggota BBP Gopeng bersama 29 anggota polis dan orang awam.
Kanak-kanak 2 tahun dilaporkan hilang ketika riadah bersama keluarga

Key takeaways
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dilaporkan hilang ketika beriadah bersama keluarga di Dataran Sungai Jahang pada Isnin.
- Panggilan kecemasan diterima jam 12.06 tengah hari oleh Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng.
- Operasi mencari dan menyelamat dilakukan dengan bantuan pelbagai agensi dan penduduk kampung.
- Radius pencarian akan diperluas dan Pusat Kawalan Bomba dibuka di lokasi kejadian.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORMAWATI ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Paderi bunuh 190 kanak-kanak dipenjara 200 tahun
- Sinar Harian Kanak-kanak 2 tahun dilaporkan hilang ketika riadah bersama keluarga (this story)








