NAIROBI: Seorang lelaki di Kenya yang mendakwa dirinya sebagai paderi dijatuhi hukuman penjara 200 tahun selepas didapati bersalah membunuh 190 kanak-kanak dalam insiden dikenali ‘pembunuhan beramai-ramai Hutan Shakahola’.

Ratusan mayat ditemukan sejak 2023 di pangkalan kumpulan itu berhampiran pusat peranginan pantai Malindi, sekali gus mendedahkan kegiatan ajaran sesat yang menggemparkan negara berkenaan.

Mackenzie, yang mengaku dirinya sebagai paderi, didakwa menghasut pengikutnya supaya berlapar sehingga mati bagi membolehkan mereka ‘bertemu Jesus’.

Bulan lalu, dia disabitkan atas kesalahan membunuh 190 kanak-kanak dan seorang dewasa dalam tempoh Januari 2021 hingga September 2023, bersama 28 individu lain yang turut didakwa dalam kes itu.