KUALA LUMPUR: Pernah melalui fasa gelap dalam rumah tangga, penyanyi, Kaka Azraff berkata wanita perlu berani bersuara mempertahankan hak mereka.

Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff, 36 berpendapay ramai yang terperangkap dalam hubungan toksik kerana tidak mempunyai kekuatan untuk mempertahankan diri.

“Sebagai wanita, kita perlu berani bersuara. Kita sudah terlalu lama dididik dengan pemikiran kononnya perempuan mesti berkelakuan begini atau begitu. Hakikatnya, kita berhak menilai keadaan dan menolak perkara tidak sepatutnya.

“Apabila mula bersuara, kita sebenarnya sedang berusaha mendapatkan semula keyakinan serta kepercayaan terhadap diri sendiri. Saya berkongsi bukan untuk diri saya sahaja, tetapi juga wanita lain pernah melalui pengalaman atau sedang bergelut dengan perasaan sama.