KAJANG - Sebuah kereta terbalik selepas dipercayai hilang kawalan dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 4.3 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) di sini pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 4.30 petang.Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari ketika sebuah Perodua Alza dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur."Ketika melalui susur untuk memasuki jalan utama, kenderaan itu dipercayai bergesel dengan sebuah Proton Saga yang datang dari arah Semenyih."Akibat kejadian itu, sebuah kenderaan yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun dan bekerja sebagai peniaga terbalik di atas jalan raya," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Sebelum ini, tular video dirakam pengguna media sosial memaparkan sebuah kenderaan didapati terbalik di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) di sini.Sementara itu, Naazron berkata, kedua-dua pemandu dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius."Kes disiasat mengikut Kaedah 6(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Rozita Sahad menerusi talian 017-232 7099 bagi membantu siasatan," katanya.Ujarnya, pengguna jalan raya dinasihatkan sentiasa memandu secara berhemah, mematuhi peraturan serta berhati-hati bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Kereta terbalik di tengah LEKAS

Key takeaways
Sebuah kereta terbalik di Kilometer 4.3 LEKAS pada Jumaat selepas dipercayai hilang kawalan dan bergesel dengan kenderaan lain. Kedua-dua pemandu dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.
- Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari melibatkan Perodua Alza dan Proton Saga.
- Pemandu yang terlibat ialah lelaki tempatan berusia 20 tahun yang bekerja sebagai peniaga.
- Video kejadian tular di media sosial sebelum polis mengesahkan maklumat tersebut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro Dua kereta bergesel di LEKAS, sebuah terbalik
- Sinar Harian Kereta terbalik di tengah LEKAS (this story)
- Berita Harian 2 kereta bergesel di LEKAS, satu terbalik






