KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Sabtu mengumumkan pertukaran 19 pegawai kanan, membabitkan pelbagai jawatan di Bukit Aman dan kontinjen yang berkuat kuasa 7 Disember ini.Setiausaha Polis Malaysia, Deputi Komisioner Mohammad Mashdik Yahya berkata, pertukaran itu antaranya melibatkan Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Bukit Aman, Datuk Mohammad Shaharul Md Osman yang dilantik sebagai Ketua Polis Pahang.Beliau berkata, Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Deputi Komisioner Datuk Victor Sanjos pula dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah dengan memangku pangkat Komisioner Polis (CP) dan perlu melapor diri selepas 11 November."Pertukaran turut melibatkan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Deputi Komisioner Saifullizan Ishak yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak dengan memangku pangkat Komisioner."Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pahang Senior Asisten Komisioner Datuk Mohd Yusri Othman pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang dengan memangku pangkat DCP dan perlu melapor diri selepas 19 November," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.Turut diumumkan dalam pertukaran itu ialah Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Sabah, Senior Asisten Komisioner Datuk Abdul Fuad Abdul Malek sebagai Komander ESSCOM dengan memangku pangkat Deputi Komisioner serta perlu melapor diri pada atau selepas 11 November."Ketua JSJ Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Zailanni Amit pula dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak dengan memangku pangkat Deputi Komisioner."Ketua Penolong Pengarah (Kepolisan Komuniti) Bahagian Kepolisan Am/Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia), Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner," katanya.Mohammad Mashdik berkata, Timbalan Ketua JSJ Risikan/Operasi Kedah Asisten Komisioner Zailani Mohd Yusoff dilantik sebagai Ketua JSJ Pulau Pinang dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.Beliau berkata, Penolong Pengarah Perjawatan (Audit) Cawangan Perjawatan Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan Jabatan Pengurusan Bukit Aman Asisten Komisioner Suhana Adenan pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner."Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Kepolisan Am), Bahagian Kepolisan Am, JKDNKA Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner."Pengarah Operasi Bersepadu Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Jabatan Perdana Menteri Asisten Komisioner Yusri Mahmud dilantik sebagai Komander 69 Komando Pasukan Gerakan Khas JKDNKA, Ulu Kinta, Perak dengan memangku pangkat Senior Asis