SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah bahawa tidak sepatutnya timbul sebarang kekeliruan berhubung pelaksanaan perintah pengampunan bersyarat yang membolehkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah.Seri Paduka Baginda bertitah, perintah pengampunan bersyarat itu adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti, serta tidak terkait dengan mana-mana kes lain terhadap bekas Perdana Menteri itu."Tidak sepatutnya timbul kekeliruan tafsiran dan tidak sepatutnya menyebabkan ketidakpastian berpanjangan terhadap pelaksanaan keputusan yang telah diperkenankan."Kuasa pengampunan merupakan prerogatif Diraja yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan."Pelaksanaan kuasa tersebut hendaklah dihormati selaras dengan kedudukan Raja Berperlembagaan dan prinsip kedaulatan undang-undang," titah baginda menerusi kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, pada Sabtu.AKAN MENYUSUL
Agong titah tidak sepatutnya timbul kekeliruan isu tahanan rumah Najib

Key takeaways
Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa tiada kekeliruan sepatutnya timbul berhubung perintah pengampunan bersyarat yang membenarkan Najib menjalani hukuman di rumah, kerana arahan tersebut jelas dan tidak terkait dengan kes lain.
- Perintah pengampunan bersyarat dinyatakan jelas, nyata dan tanpa ambiguiti.
- Kuasa pengampunan adalah prerogatif Diraja di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
- Kenyataan dikeluarkan oleh Istana Negara pada hari Sabtu.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Peguam Najib dakwa AGC tidak endahkan titah Agong
- Harian Metro 'AGC tidak endahkan titah Agong' - Peguam
- Sinar Harian Agong titah tidak sepatutnya timbul kekeliruan isu tahanan rumah Najib (this story)
- Free Malaysia Today Pertikai titah tahanan rumah Najib bermakna ingkari perintah Agong






%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2022%2F09%2Ff37bd2e4e00ab3e38bdf0f098b456068.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

