Kuala Lumpur: Kereta terbalik selepas bergesel dengan sebuah lagi kenderaan di Kilometer 4.3 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian dilaporkan berlaku 1.30 tengah hari ketika sebuah Perodua Alza dalam perjalanan ke arah Kuala Lumpur.

Menurutnya, ketika melepasi susur untuk memasuki jalan utama, kereta berkenaan bergesel dengan Proton Saga yang datang dari arah Semenyih.

"Akibat kejadian itu, kereta dipandu seorang peniaga lelaki berusia 20 tahun terbalik di atas jalan raya.