PETALING JAYA – Sebuah kereta jenis Perodua Alza terbalik selepas bergesel dengan sebuah Proton Saga dalam kemalangan di Kilometer 4.3 Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu berlaku ketika Perodua Alza berkenaan dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kenderaan itu melepasi susur untuk memasuki jalan utama sebelum bergesel dengan Proton Saga yang datang dari arah Semenyih.

“Akibat kejadian itu, kereta yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun dan bekerja sebagai peniaga terbalik di atas jalan raya.