KUALA LUMPUR: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor menambah dan menggunakan pam baharu di Jalan Resak dan Desa Subang Perantau, Kampung Melayu Subang, dekat sini bagi mengurangkan masalah banjir sementara menunggu projek Sungai Pelempas dilaksanakan.

JPS Selangor dalam kenyataan, memaklumkan penggantian pam sedia ada dengan pam baharu berkapasiti lebih besar di Jalan Resak, manakala pam asal dipindahkan ke Desa Subang Perantau sekali gus menjadikan kawasan berkenaan mempunyai dua pam untuk membantu mengeluarkan air ke Sungai Pelempas.

Langkah itu sebagai mitigasi jangka pendek bagi mengeluarkan air saliran dalaman serta limpahan sungai sekiranya ia berlaku.

"Hasil penilaian susulan banjir pada 2 dan 4 November lalu dengan taburan hujan melebihi 100 milimeter (mm), mendapati keperluan pam berkapasiti lebih besar diperlukan di Jalan Resak.