Yan: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak Abdul Ghafar Saad dan anak lelakinya cedera ringan selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X50 dinaiki terbalik di Ulu Sedaka, di sini, semalam.
Ia dikongsikan menerusi hantaran Facebook 'Kaki Jalan 66's' yang dalam perjalanan ke daerah ini bagi menyertai program 'Explore Ride Yan Kedah'.
Menurut hantaran itu, Abdul Ghafar sepatutnya bersama pasukan berkenaan untuk bersarapan di sebuah warung roti canai di lokasi berkenaan.
"Seluruh warga 'GG Bikers' mendoakan supaya Abdul Ghafar dan anaknya diberikan kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan," menurut hantaran itu lagi.








