YAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak, Abdul Ghafar Saad dan anak lelakinya mengalami kecederaan akibat kemalangan di hadapan sebuah sekolah di Ulu Sedaka, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.41 pagi itu, ADUN terbabit menaiki kenderaan utiliti sukan Proton X50 yang dipandu anak lelakinya berusia 32 tahun.
SUV dinaiki dua beranak itu terbalik selepas terlibat kemalangan dengan Perodua Myvi.
Difahamkan, ADUN berkenaan dalam perjalanan untuk bersarapan bersama kumpulan Team GG Bikers dalam program Explore Ride Yan Kedah sebelum kejadian berlaku.









