YAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak, Abdul Ghafar Saad dan anak lelakinya cedera ringan selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki terbalik di Ulu Sedaka di sini, semalam.
Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran Facebook 'Kaki Jalan 66's' yang dalam perjalanan ke daerah ini bagi menyertai program 'Explore Ride Yan Kedah'.
Menurut hantaran itu, Abdul Ghafar sepatutnya bersama pasukan berkenaan untuk bersarapan di warung roti canai di lokasi berkenaan.
"Seluruh warga 'GG Bikers' mendoakan Abdul Ghafar dan anaknya diberikan kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan," katanya.








