YAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak, Abdul Ghafar Saad dan anak lelakinya terlibat dalam kemalangan di Ulu Sedaka di sini pada Sabtu.Dalam kejadian itu, kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50 yang mereka naiki dilaporkan terbalik selepas bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Sedaka.Susulan kemalangan tersebut mereka dilaporkan mengalami kecederaan ringan, begitu juga pemandu Perodua Myvi yang turut terlibat dalam insiden berkenaan.Timbalan Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Aikap Dunding berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 8.41 pagi.Menurutnya, susulan maklumat tersebut, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan mengarahkan anggota kereta peronda (MPV) ke lokasi kejadian sebelum memaklumkan insiden itu kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik."Hasil maklumat daripada anggota MPV mendapati pemandu Proton X50 itu ialah anak lelaki ADUN Guar Chempedak yang berusia 32 tahun, manakala Abdul Ghafar merupakan penumpang kenderaan tersebut."Ketiga-tiga individu yang terlibat dalam kemalangan itu mengalami kecederaan ringan," katanya.Terdahulu, kejadian berkenaan turut dikongsikan menerusi satu hantaran di Facebook oleh kumpulan Kaki Jalan 66's yang berada di daerah itu bagi menyertai program Explore Ride Yan Kedah.Menerusi hantaran tersebut, kumpulan berkenaan memaklumkan bahawa Abdul Ghafar sepatutnya menyertai mereka untuk bersarapan di sebuah gerai roti canai sebelum kejadian berlaku.Mereka turut mendoakan agar ADUN berkenaan dan anaknya segera pulih.
ADUN Guar Chempedak, anak terlibat kemalangan

Key takeaways
ADUN Guar Chempedak, Abdul Ghafar Saad dan anaknya terlibat dalam kemalangan di Ulu Sedaka dengan kenderaan Proton X50 terbalik.
- Kemalangan melibatkan ADUN Guar Chempedak dan anaknya di Ulu Sedaka.
- Kenderaan Proton X50 terbalik selepas bertembung dengan kereta Perodua Myvi.
- Ketiga-tiga individu yang terlibat mengalami kecederaan ringan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Berita Harian ADUN Guar Chempedak, anak cedera selepas SUV terbalik
- Sinar Harian ADUN Guar Chempedak, anak terlibat kemalangan (this story)







